tik tok !

Saturday, November 24, 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan

hari ni Nerah and family pergi presint 8.. tak silap Nerah Fasa 4B Presint 8 (rasanya alamat tempat tu) mula-mula tu Nerah memang tak nak pergi... malas~ dah sampai sana, okey pula!

Ayah daftarkan kita orang masuk 'Bijak Bahasa'..  best jugalah.. dah kumpul dekat bawah khemah besar, perut pula buat hal... haish... sampai bilik air apa pun tak keluar.. geramnyaa~ haa~

duduk dekat tempat khas dia terasa debar sikit.. hehehe.. ada lima kumpulan aje.. itu pun susah juga nak cari peserta.. tu ayah paksa masuk tu.. kumpulan keluarga Nerah kumpulan ke lima, Rafflesia.. semua nama bunga..

pertandingan pertama, 'Aksi peribahasa'.. ayah kena lakonkan peribahasa yang ayah cabut, Nerah, mama, Isya dan Aiman kena teka.. agak sukar juga nak teka.. nasib baik Nerah dah dapat cakap 'emas' mama sambung habis.. fuuh~

lepas tu buat 'roda kata'.. Isya kena putarkan roda kata tu, dapat nombor 3 sebagai 'Sinonim'.. yang lain cari jawapan dalam kamus... 'terakhir = pengabisan' ... agak cepat juga dapat jawapan.. yang kelakarnya, pengacara itu panggil Isya 'Kak Long'.. ahahaha.. kalau dia tahu Isya tu adik, tak tahulah macam mana...

then, 'Sahibba Chop'... orang itu akan tampal 4 huruf.. kita kena teka apa perkataan itu tapi hanya 4 huruf sahaja. contoh :- GILA, MILO.. tapi, sebelum cakap kena ketuk meja and kata 'chop'.. baru bagitahu apa perkataan tu...

akhirnya kumpulan Rafflesia dapat naib johan.. alhamdulillah... setiap ahli akan dapat RM150... rezeki keluarga Nerah... buku koleksi cerpen sekali...

pastu ada Abun.. yang suka cakap jawa tu.. pun ada sekali... Nerah pun ada jumpa ex-senior Nerah... kawan Nerah tak jumpa tapi, budak sekolah Nerah adalah...

No comments:

Post a Comment


MySpace Flash Toys

Ayah and Mama

Ayah and Mama
I love my parents ^_^

diRikU.. !!

My photo
I love comic anime - funny, lovely, happy - UPSR 2008 PMR 2011