tik tok !

Friday, May 20, 2011

again .. again .. and again .. and again ...

again and again and again and again ...
again and again and again and again ...

again and again and again and again ...
again and again and again and again ...
ssaum-eun dasineun geuleon il-i
wae geuleonji moleugess-eoyo

heee...

ssaum-eun dasineun geuleon il-i
wae geuleonji moleugess-eoyo

Wednesday, May 18, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun ( Start .. !! )

hee.. hari ni Nerah ada exam.. BM paper 1 and 2, Sejarah.. hee.. macam biasa sejarah ni memang memeningkan kepala... jawapan pun macam tak de je.. asyik nak sama.. aaaarrrhhhh... x( hee..

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru .. !!

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA DAN SELURUH DUNIA... !!!! AHAHAHAHA... =D

KEPADA SEMUA GURU YANG MENGAJAR, MENGENALI SAYA .... TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.... JUGA SAYA MEMOHON MAAF SEKIRANYA SAYA ADA BUAT SILAP... =)

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


GURUKU KAU PENYULUH HIDUPKU,
MENERANGI ALAM INI ,
KAU KU ANGGAPKAN SEBAGAI IBU BAPAKU,
WAHAI GURUKU ,
KAU IBARAT SEBATANG LILIN,
MENERANGI ALAM KEGELAPAN,
KAU SANGGUP MEMBAKAR DIRIMU WAHAI

GURUKU,
KAU INSAN MULIA,
MEMBIMBING DAN MENDIDIK DAKU,
KAULAH INSAN YG KU SANJUNGI,
GURUKU ,
SEGALA BAKTIMU,
AKANKU BALAS DENGAN KEJAYAANKU,
AKANKU BUKTIKAN KEPADAMU WAHAI GURUKU....

Saturday, May 14, 2011

Maka ... Berakhir lah...

Alhamdulillah .... semua dah kembali sedia kala.. dah tak ada apa-apa lagi yang perlu Nerah bimbangkan.. Nerah dah minta maaf.. dia pun dah minta maaf.. semua dah OK.. !! ada seperkara je lagi yang tak berapa nak OK.... about my feeling .. ?? I don't think so... emm.. whatever la.. my feeling is OK now.. em.. I stop from here.. remove the cloudy, take clear..... old book cover , open a new book...

Friday, May 13, 2011

Dia datang.. ting..ting..ting.. !!

perasaan tu datang lagi..
setelah ia pergi..
nape datang lagi....
beeeenncciiiiii... !!

lelaki ni memang la... tak suka betul.. ( tak pasal-pasal laki yang dipersalahkan.. ) ala.. kalau dorang kena pun dorang salahkan perempuan juga.. emm.. kan bagu kalau tak ada perasaan pada lelaki.. bahagia hidup.. tak ade la keliru.. tak ada la asyik nak menagis je.. tak ada la tensyen.. tak bercelaru fikiran dan perasaan.. apa la nak jadi.. kat Nerah ni.. dah nak dekat exam ni la jadi camni.. macam-macam problem datang..

lelaki..
sangat misteri...
macam mana ni...
misteri.. misteri..
ahahaha !!

menyanyi..
kerana gembira..
menyanyi..
kerana sedih..
menyanyi..
kerana rindu..
aduh siapa yang dapat baca..
hatiku sangat ini..


apa la nak jadi dengan nasib Nerah ni.. ( hari ni baru boleh buka blog.. sebelum ni ada masalah sikit kat blog ni.. ) haaaaiisshh.... asyik nak mengeluh je.. Nerah ada lagu yang sesuai dengan situasi yang sekarang Nerah hadapi.. tapi tak ada la sampai ada perasaan CINTA.. !!


Jika ditanya tentang cinta
macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceriaAda cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa(Tentunya kitakan selamat selamanya)

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cintaKerna cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cintaBerapa pula harganya
Alangkah indah kita dicintaKerana hidup kita lebih bahagia
hmm.. apa nak tulis ye.. ou.. hari Selasa minggu ni.. Nerah pegi jumpa Ustaz Habib nak minta hikmat nasihat sikit.. kan dah nak dekat exam.. ush.. debar-debar juga nak jumpa ustaz kat bilik disiplin.. terasa macam Nerah buat kesalahan pulak.. ehehe.. terima kasih Ustaz Habib atas nasihat yang diberi... bukan tu je.. tujuan sebenar Nerah nak minta hikmat nasihat juga.. tapi bukan untuk exam.. yang untuk exam ni just nak cover je kalau Nerah tak ingat apa yang Nerah nak cakap sebenarnya.. Nerah jumpa Ustaz sebab nak luahkan perasaan pada ustaz.. uuuuu.. dah lain da makna ni.. ahahaha... tak ada la.. Nerah just nak luahkan pada ustaz macam mana nak tenangkan hati.. macam mana nak hilangkan perasaan kalau ada suka pada orang ke.. benci pada orang ke.. macam mana nak tenangkan fikiran nak hadapi masalah... tu je... terima kasih sekali lagi pada ustaz kerana sudi mendengar luahan perasaan Nerah.. ahaha.. nak tergelak la tulis ni.. Nerah ingatkan perasaan suka pada lelaki ni Nerah dah campak jauh-jauh.. kat luar negara.. tapi tak sangka.. tahun ni pulak tu.. tahun Nerah nak exam penting ( PMR ).. feeling tu datang balik.. entah macam mana boleh datang balik tah... eeee... tak pe.. tak pe.. kalau Nerah campak feeling ni datang balik macam boomerang.. Nerah boleh tanam kat dalam tanah dalam-dalam.. or ..... Nerah boleh campak kat dalam loji.. biar kena proses sekali dengan air loji tu... eeeee.. sakit betul la..

heee... apa la nasib.. suka pada lelaki yang tak sepatutnya.. em.. Nerah baru tau yang Nerah ni agak memilih sikit kalau sukakan lelaki.. hehe.. lelaki yang Nerah suka ni emm.. bagi Nerah la.. first time Nerah tengok dia Nerah rasa dia ni baik.. nampak baik la.. putih pun putih.. nampak macam budak senyap je.. tapi dah lama kenal.. tak ada la senyapnye.. bising pun tak sangat.. yang pasti dia bukan kelas KAA or kelas Pintar tapii.. heee.. Nerah pun tak tau la macam mana suka Nerah ni dah ke tahap .. eerrkk... menyampahnyaaa dengan perasaan ni.. Nerah dah boleh agak yang dia ni pasti akan ada orang lain yang suka dan akan ada orang lain yang dapat dia dulu.. nak buat macam mana kan.. tapi sekarang ni Nerah tengah sedaya upaya untuk lupakan perasaan ni.. da.. daaa... ahaha. . . ( gila .. )

OK la.. kalau betul salah Nerah.. Nerah terima.. Nerah minta maaf.. kalau sudi la nak maafkan.. tak pe.. tak nak Nerah nak memperbesarkan hal yang kecik.. yang pasti Nerah dah tahu apa yang tersirat yang Nerah tak sedar sebelum ni.. hakikatnya memang benar.. Nerah terima.. Nerah akan cuba terima seadanya dan lupakan je.. lebih baik daripada pendam..

Ia datang... Ia pergi.. tamat sudah.. cerita ini..

hari ini adalah hari yang tak disangka akan tiba... betul-betul Nerah tak sangka akan tiba...( sebenarnya benda ni berlaku bukan hari ni tapi semalam.. ) peristiwa masa Nerah form 1 dulu kembali semula... tapi kini dengan yang sebaya.. form 1 dulu lain tingkatan... eeeee.. geraaaammnyaaaa... benci la ada perasaan ni.. ingat dah TAK AKAN ada perasaan camni lagi.. hee~~ benci.. benci.. benci.. benci.. benci.. hanya disebabkan dia sorang je hampir satu sekolah Nerah mula nak benci.. TAU.. !! pertama kali dalam 3 tahun kat sekolah menengah.. Nerah pergi bilik disiplin.. nak minta hikmat nasihat... tips-tips untuk peperiksaan..( tapi tak jadi.. ) cara nak hilangkan perasaan.. nak kawal perasaan.. cara nak menenangkan hati.. hehehe.. tak sangka Nerah TERTIDUR kat luar tapi dalam.. ( haa.. peliknya.. ) bilik disiplin... nasib baik tak tidur lama... kalau tak banyak kelas la Nerah tak masuk... 2 masa Math Nerah tak masuk.. ngan 1 masa ERT... tu pun dalam pukul 9 .. lagi berapa minit je nak pukul 10..dah nak rehat pulak tu.. hee..

Semalam dan akan datang..
Nerah, Faten ngan adik perempuan dia pergi perbadanan.. saja ambik gamba.. then pegi masjid besi.. alang-alang dah masuk asar tu pegi je la solat... hari jumaat pegi lagi tapi kat Masjid Putra rasanya.. kali ni pegi ngan  Ezati, Nadiatul, Faten, Nerah, Siti... nak tenangkan fikiran..

sambung cerita atas..
penat juga menangis ni.... sampai meleleh-leleh hingus... ahahaha... huuuh.. tapi ada gunanya juga menangis.. sekurang-kurangnya lega sikit beban dihati... BEBAS...!! ahahaha.. ( cam gila je.. ) hmm..


 
ahahahahahahahha... =D geli hati Nerah... sampai sakit perut den ni ha`... biar betul... PALING NERAH TAK PERCAYA... ahahahaha.. mari kita sama-sama mengucap ' Astagfirullah hala`zim ' .... sebanyak yang boleh supaya hati si pembaca akan tenang.. begitu juga dengan hati saya... YA ALLAH.. !! kalau dia tak percaya... NERAH 100 KALI GANDA TAK PERCAYA YANG DIA FIKIR SAMPAI KE TAHAP TU.. ( kalau betul la ) mari kita ucapkan sekali lagi.. ' Astagfirullah hala'zim ' .... minta maaf ye kalau ayat Nerah ni kasar ke apa ke.. tapi Nerah cuma nak katakan satu ayat ni je JANGAN NAK PERASAN !! sikit pun Nerah TAK MINAT KAT DIA.. hee ~~ apela... macam mana la boleh jadi ni...

Tuesday, May 10, 2011

Hmm... What can I say .. ??

- salah ke nak suka seseorang yang KAWAN KITA PUN SUKA .. ??
- salah ke nak suka seseorang sebagai rakan .. ??SEBAGAI RAKAN SAHAJA .. ??
- salah ke nak suka seseorang HANYA SEKADAR SUKA-SUKA .. ??
- salah ke kalau kita nak suka seseorang itu SECARA SENYAP-SENYAP .. ??
- salah ke kalau berharap orang yang kita suka, SUKA PADA KITA BALIK ??
- salah ke kalau suka seseorang HANYA SEBAB PERSONALITI SAHAJA .. ??
- salah ke kalau kita suka pada seseorang yang suka pada orang lain .. ??
- salah ke kalau kita JUST MINAT pada orang itu .. ?? walau pun kita dah ada ' empunya ' .. ?
- salah ke kalau kita minat orang tu.. walau pun orang tu dah ' empunya ' ... ??

untuk kamu :-

walau pun kamu SIKIT PUN tak pandang saya... saya TAK KESAH pun... saya dah boleh agak yang kamu TAK AKAN pandang arah saya... betul tak .. ?? of course sebab kamu dah SUKA PADA ORANG LAIN... kamu hanya akan pandang PADA ORANG YANG KAMU SUKA... dan yang pasti bukannya saya.. kamu hanya SENYUM PADA SI DIA.. dan bukannya saya.. saya ni siapa pada kamu..?? kawan bukan sebab kita tak pernah nak berbicara... emm... apa pandangan kamu terhadap saya.. saya boleh agak hanya sekadar rakan sebaya... tapi ye ke kamu agap saya ni rakan kamu.. ?? mungkin TIDAK.. !! tapi saya tak kesah semua tu.. sebab yang pasti saya dah tahu awak suka si dia dan bukannya saya.. saya mula sedar yang saya ni HAMPIR-HAMPIR SUKA GILA PADA KAMU.. !!! kamu tau ke ..?? semestinya tidak !! saya TERNAMPAK kamu dengan si dia bersama kali ni betul-betul membuatkan hati saya terkilan.. saya fikir apa yang sudah berlaku antara kamu dengan si dia.. apa dah jadi... tapi pernahkah kamu fikirkan saya..?? semestinya tidak !! saya hampir MENITISKAN AIR MATA saya ni hanya disebabkan kamu SAHAJA.. SEBAB KAMU !!! kamu tahu tak.. !! semestinya tidak.. !! tapi nasib baik la saya dapat kawal perasaan.. fuuuhh.. bila difikirkan semula... apa guna saya titiskan air mata pada perkara yang B*D*H kan.. jadi saya nekad untuk lupakan semuanya... saya akan lupakan tentang perasaan saya yang tah apa-apa ni untuk selamanya... hati saya semakin sakit bila tengok gambar kamu dengan si dia... jadi apa guna simpan perasaan yang ternyata bukan milik kita.. betul kan.. semoga kamu bahagia dengan si dia dan panjang jodoh..

ala tak kesah pun... InsyaAllah ramai lagi lelaki hemsem daripada kamu... kamu tu biasa-biasa je.. tak tahu la apa dah jadi dengan Nerah ni sampai boleh TERSUKA BETUL kat dia.. ingat saja-saja je nak suka.. ngeek betul...

Saturday, May 7, 2011

Kem Indahnya Iman ..

semalam hari Jumaat bersamaan dengan 6 Jun 2011.. sekolah Nerah ada buat kem khusus untuk pelajar form 3.. Kem Indahnya Iman.. tapi kelas KAA tak join tau kenapa.. maybe dorang dah buat or ada kem khas ..  tapikan kem ini buat sehari je.. tu pun dari petang jumaat pukul 2.30 sampai tengah hari hari sabtu pukul 1.. hee~~ penat .. bukan.. lebih kepada ngantuk.. balik tu ingat nak rehat kejap je.. sekali tertidur sampai pukul 7.. gila...

Pada masa itu ..
ahahaha.. ustaz suruh kumpul 2.30 petang.. tapi Nerah keluar rumah pukul 2.30.. ahaha.. memang tak boleh bla la.. ahaha.. tapi nasib baik bila Nerah sampai ustaz tak sampai lagi.. naqib ngan naqibah pun join sekali.. AJK indahnya iman ada... pengawas ada kot.. Nerah just nampak ketua ngan penolong... ala sama la tu.. pendaftaran ditangguhkan masa pukul 3.. pukul 3 tu ustaz kata siapa yang lebih pukul 3 kena dimerit.. ahaha markah untuk kem la.. kena ucap 2 kalimah syahadah kalau nak makan petang... ramai jugak yang datang 120 orang.. kalau tak datang kem ni kena ikut kem form 5.. ee ganjilnyaa.. pastu kul 4 rasanya baru masuk dewan dengar usrah disiplin... Nerah main agak je... ( baru je lepas kem pun dah hiang ingatan.. ) sampai pukul 5 je.. pukul 6.. pukul 6 kitorang semua kena mandi wajib.. perempuan tidur dalam bilik guru tingkat 3.. best tu.. ada aircon.. sejuuuk... group Nerah [ Nerah, Ezati, Nadiatul, Siti, A'tiqah, Intan, Faten, Farzana, Afrina ngan Athirah ] group kitorang ni mandi kat tandas tingkat 3 hujung sekali... ok la tu.. terlindung sikit.. masa nak mandi wajib tu naqibah akan check betu ke tak kitorang buat.. saat ni memang memang memaaaang la malu.. pertama kali seumur hidup tak pernah dibuat Nerah.. ahahaha.. maka tercipta la rekod Nerah... ahahaha.. kitorang diberi masa 1 jam sahaja... sampai pukul 7 dah kena pergi surau.. dak laki pun kena mandi wajib gak.. lepas mandi tu siap pergi surau... solat maghrib.. solat sunat.. dengar usrah rukun solat... ada 13 rukun... ni ustaz Habib yang bagi usrah ni.. memang lawak betul.. sakit pipi Nerah gelak... ahahahaha... =D lepas tu makan malam lepas I'syak then pukul 10 setiap group akan buat persembahan... saat yang mendebarkan semua.. ( tak semua kot.. ) hee~~ alhamdulillah group Nerah menang pertandingan ni daat tempat pertama dalam kalangan perempuan... terima kasih .. terima kasih... ahaha... tapi peliknya Nerah tak rasa terkejut sangat.. sebab Nerah rasa macam dah tau je group Nerah yang menang.. lelaki pulak group acap [ kelas 3 rajin gak yang dapat ] tahniah kepada penerima hadiah... tapi memang best persembahan dorang... ada gak yang tak berapa nak faham tapi masih lagi kelakar... hahahaha... pukul 12 malam dah tamat da... pastu makan sebelum tidur... siap-siap pastu apa lagi... tidur laaa... ahahaha.. tapi tak boleh tidur pun... pukul 1 lebih baru tidur... bangun pukul 3.30 pagi.. awal tu.. sebelum tidur tu tak rasa pulak sejuk.. bangun je dari tidur.. peeee... sejuuuuuukkk.. tak menahan... sampai menggigil tuu.. pagi tu mandi rasa takut-takut sikit... bukan takut apa.. just takut air tu sejuk sangat... air dia tak de la sejuk mana... suam sejuk je... mandi lama skit.. ahaha.. then siap-siap kumpul pukul 5 kat surau.. solat sunat subuh, solat tahajud, solat hajat, solat witir... ngantuk masa nak solat tu... tapi tetap bertahan... lepas solat subuh tu dengar usrah macam mana solat jenazah daripada ustaz Fathi... sampai pukul 8 tak silap... pastu kemas-kemas barang... hari sabtu tu ada kelas so kena siap cepat... lepas kemas apa semua tu kumpul kat padang futsal... buat senaman sikit then masuk dewan.. acara penutup ucapan sana sini.. dapat hadiah.. maka tamat la kem itu.. ahahaha... lepas tu pukul 9 lebih ada bengkel form 3... tak ramai pun yang pergi.. ada bengkel sains, bm, math... pukul 1 baru bali..  math tak belajar pun... cikgu tak de.. huuuh.. penat..

Berita gembira
A'tiqah ngan Ezati dah baik akhirnya... doa Nerah dah dimakbulkan... alhamdulillah.... bagus korang... saaaayyaaang korang.. bagus... bagus.... teruskan hubungan ni biar kekal OK...

Tuesday, May 3, 2011

Planet-Planet Cinta

...Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala...


hihi..ni novel Ezati.. dia bagi Nerah pinjam... best gila cite ni.. sampai nak menitis air mata... nasib baik la happy ending...Nerah nak kongsi cerita ni kat blog... hehe...

Planet-Planet Cinta ......
kisah ini menceritakan sebuah kisah cinta Puteri Elara dari planet Jupiter dan Profesor Ananke dari planet bumi. Puteri Elara bakal memerintah Planet Jupiter yang menggantikan tempat bondanya Ratu Zeux. Bagi kerabat diraja, bakal suami pemerintah akan ditetapkan oleh Majlis Diraja. Puteri Elara akan berkahwin dengan Putera Andrastea iaitu anak pemimpin tertinggi suku Andala. Puteri Elara yang sangat menyukai salji yang memutih itu menyambutnya dengan rasa gembira namun dia tidak pernah menyangka bahawa itu adalah titik permulaan kepada sebuah kisah cintanya yang panjang.

Percintaan antara Puteri Elara dan Prof. Ananke benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran dalam diri masing-masing. Cinta Puteri Elara mula berputik sejak pertama kali Elara memandang Ananke di skrin makmalnya JZR. Ketika itu Elara sedang mengkaji punca Atta Colombica ( bahan kajian ) mati. - selang cerita - Selepas selesai mereka berbicara, Ananke pula berasa perasaan yang aneh yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Mungkin ini rasanya cinta. Puteri Elara juga berasa perasaan yang sama. Ananke diminta untuk datang ke Planet Jupiter untuk mengkaji punca kematian Atta Colombica. Ananke juga tidak tahu punca kematian Atta Colombica tersebut. Malah tidak ada tanda yang menyebabkan Atta itu mati. Ananke dijemput untuk makan malam di ruang angkasa. Disaat itu berkembanglah cinta antara Ananke dan Elara. Pada hari Ananke pulang ke bumi, Elara sedar yang dia tidak sanggup berpisah dengan Ananke. Baginya Ananke sangat penting dalam dirinya. Begitu juga Ananke yang telah menganggap Elara separuh daripada jiwanya.

- selang cerita - Suatu hari, Ananke mempelawa Puteri Elara untuk datang ke bumi untuk menghadiri Persidangan Zoologi. Ketika Juniker 90 yang dinaiki Elara dalam perjalanan ke bumi, pelanggaran antara Planet Xena dengan Planet Atamian telah berlaku dan menyebabkan Juniker 90 terhempas ke Planet Tas-ar-raum. Planet itu sangat digeruni oleh penduduk di planet yang lain kerana planet itu mengandungi gas beracun yang sangat tinggi. Kapten Lutor, Majina, Helki dan Kiro mati akibat kekurangan oksigan dan kebuluran. Sudah hampir 50 hari Elara terperangkap di planet bergas itu. Sementara di bumi, apabila Ananke mengetahui pesawat yang dinaiki Elara itu hilang Ananke mula hilang arah. Dia berubah menjadi panas baran dan menyebabkan rakan sekerjanya menjadi takut. Rakan baiknya Jozel memintanya untuk mengambil cuti tenangkan fikiran dan emosi. Ini pertama kali dia melihat Ananke sebegitu. - selang cerita - Ananke dan rakan sekerjannya Lysithea bercuti di planet Enceledus di mana planet itu sangat terkenal. Planet Jupiter pula Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda ( adik Elara ), Putera Carme ( abang Elara ), Putera Andrastea dan rakyat-rakyat Jupiter yang lain mulai bimbang akan kehilangan Puteri Elara. Mereka bertungkus-lumus mencari Elara dimerata tempat di galaksi.

- selang cerita - Elara berjaya diselamatkan oleh tentara dari Planet Ladan. Dia dibawa ke sana dan dirawat di bilik khas. Malisa jururawat yang menjaga Elara sentiasa berharap agar Elara cepat sembuh dan sedar semula. - selang cerita - Elara mengucapkan terima kasih kepada Kapten Molo yang telah menyelamatkannya dari planet yang berbahaya itu. Di Planet Ladan hanya Malisa sahaja yang boleh dia percayai. Planet Ladan mengalami gempa bumi yang sangat kuat. Kapten Molo meminta bantuan dari planet-planet yang lain untuk memberi bantuan dan sukarelawan. Kapten Molo meminta supaya Puteri Elara dan Malisa dipindahkan ke Planet Glise ( planet jiran ) untuk dirawat disana. Jozel memberitahu Ananke bahawa Planet Ladan mahukan sukarelawan. Dia berharap agar Ananke akan turut serta dalam menyelamatkan penduduk Planet Ladan. Lysithea juga turut serta. - selang cerita - Malisa kembali semula ke Planet Ladan untuk merawat pesakit disana. Dia dan Ananke bertemu dan bekerjasama melakukan tugas disitu. Kini mereka menjadi sahabat. Penduduk di Planet Ladan diberitahu bahawa planet itu akan meletup dalam masa beberapa jam sahaja. - selang cerita - Ananke tiba-tiba jatuh pengsan dan dirawat. Doktor mengesahkan bahawa dia dijangkiti sejenis virus dari bumi. Semasa Malisa menyusurnya ke pesawat untuk dibawa pulang ke bumi, seseorang telah menyerpa Malisa dan membawa pesanan daripada Puteri Elara. Ananke terkejut. Ananke memohon kepada Malisa untuk bertemu dengan Puteri Elara. Dia benar-benar merindui Elara.

- selang cerita - General Goki memberitahu Putera Carme dan Putera Andrastea bahawa Puteri Elara telah dijumpai dan berada dalam keadaan yang selamat. Berita gembira ini disebarkan ke Planet Jupiter. Putera Andrastea akan menjemput Puteri Elara pulang ke Jupiter. Puteri Elara sangat terkejut melihat keadaan Ananke yang sakit. Dia menangis disisi Ananke. Ananke juga menitiskan air mata. Malisa dan Lysithea kebingungan melihat keadaan itu. Elara meminta doktor untuk memindahkan Ananke ke Planet Glise dan mendapatkan rawatan disana. Elara menjaga Ananke siang dan malam tanpa berehat. Dia benar-benar merindui Ananke dan tidak sanggup berpisah lagi. - selang cerita - Putera Andrastea tiba di Planet Glise dan bertemu dengan Puteri Elara. Tidak lama kemudian Putera Carme, Rozeck dan Italea sampai di Planet Glise. Hanya Putera Carme, Rozeck dan Italea yang mengetahui perasaan sebenar Puteri Elara terhadap Ananke. Putera Carme tidak dapat menerimanya. Dia mengupah 3 orang adik kembar Italea untuk memburu Ananke dan membayar wang sebanyak mungkin kepada Ananke untuk memisahkan Puteri Elara dan Ananke. Putera Carme meminta Puteri Elara untuk berbincang dengan Putera Andrastea tentang perkahwinan yang telah dirancang. Elara memberitahu Andrastea tentang perasaan sebenarnya terhadap Ananke. Andrastea cuba menerima dengan tabah hati. Dia tidak mahu memaksa jikalau hati Elara tidak menerimanya lagi. Putera Carme meminta Elara untuk fikir semula dengan keputusannya. Tetapi Elara tetap dengan pilihannya. - selang cerita - Walaupun Elara keberatan untuk berpisah dengan Ananke, namun demi menyelamatkan nyawa Ananke dia terpaksa berbuat sedemikian. Perpisahan ini betul-betul memeritkan buat Puteri Elara. Dia menetapkan syarat jika dia pulang Jupiter iaitu Ananke harus dihantar ke bumi dengan segera, pastikan dia selamat dan mendapatkan rawatan yang baik. Kedua Putera Carme haruslah membawa Elara berjumpa semula dengan Ananke. Satu lagi syarat Italea ( pembantu peribadi ) harus menemani Ananke di bumi. Putera Carme pun bersetuju.

- selang cerita - Setibanya Puteri Elara di Planet Jupiter Puteri Elara disambut meriah oleh rakyat Jupiter. Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda dan semuanya sangat bersyukur atas kepulangan Puteri Elara. Puteri Elara diberitahu bahawa tarikh perkahwinan dia bersama Putera Andrastea adalah 3 hari daripada hari dia pulang. Puteri Elara sangat terkejut. Dia berasa tertipu oleh abangnya Putera Carme kerana tidak memberitahu dia akan tarikh tersebut. Jikalau Putera Carme memberitahu tentang hal tersebut kemungkinan Puteri Elara tidak akan pulang langsung ke Planet Jupiter. Ini yang ditakutkan Putera Carme. Puteri Elara mengambil keputusan untuk memberitahu Ratu Zeux yang dia tidak ingin berkahwin dengan Putera Andrastea. - selang cerita - Di bumi Ananke dirawat dan doktor mengesahkan Ananke menghidap penyakit virus yang dikenali sebagai ACVR1. Ia hanya didapati oleh sejenis serangga iaitu serangga Atta Colombica. Oleh kerana belum ada penawar, tidak ada cara lain selain menggantikan darah Ananke dengan darah sesiapa yang mempunyai sistem imun terhadap virus ini. Darah Ananke memang berbeza kerana campuran antara darah biasa dengan darah sintetik. Ini kerana semasa ibunya mengandungkan Ananke, dia telah ditimpa kemalangan dan kehilangan banyak darah. Darah yang terbentuk dalam badan Ananke ialah darah jenis O-zx. Lysithea ingin mendermakan darahnya tetapi dia meminta bayaran sebanyak 1 trillion. - selang cerita - Di Planet Jupiter, Ratu Zeux sangat marah dengan keputusan Puteri Elara untuk tidak berkahwin dengan Putera Andarstea. Mereka bertikam lidah sesama mereka. Mengikut undang-undang Majlis Diraja, jikalau melanggar  undang-undang yang telah ditetapkan maka pesalah akan menerima hukuman dan dihantar ke Planet Agelion iaitu sebuah planet yang habanya begitu panas dan baunya yang meloyakan. Puteri Elara tetap dengan pendiriannya dan bersedia menerima hukuman. Majlis perkahwinan tetap akan diteruskan tetapi kali ini Putera Andrastea akan dikahwinkan dengan Adik Elara iaitu Puteri Leda. - selang cerita - Pada hari majlis perkahwinan dilangsungkan, Puteri Elara bertolak ke Planet Agelion dan ditemani oleh Malisa. Malisa tidak sanggup membiarkan Puteri Elara seorang diri sedangkan dia menjalani kehidupan barunya di Jupiter.

- selang cerita - Di Planet Agelion dimana semua pesalah ditempatkan disitu. Puteri Elara dan Malisa duduk di bilik berasingan. Dalam beberapa hari, Elara jatuh sakit. Malisa sudah meminta pengawal untuk membantu tetapi diendahkan. Rozeck ( pembantu peribadi ) datang sebagai seorang doktor merawat keadaan Elara. Rozeck marah dengan sikap pengawal yang tidak prihatin itu. Elara dibawa ke bilik rawatan untuk dirawat. Rozeck mengadu kepada Raja Thytyus tentang keadaan Elara. Elara dan Malisa akan dibebaskan dari Planet Agelion tetapi mereka tidak boleh pulang semula ke Jupiter. Mereka boleh membuat pilihan dimana sahaja planet yang lain selain Jupiter. Malisa membuat keputusan untuk ke bumi. - selang cerita - Di bumi Ananke telah pun sedar dan semakin sembuh. Dia begitu sedih apabila tahu Elara akan berkahwin dengan  seorang Putera. Selepas beberapa hari dia keluar dari hospital, dia baru sedar akan muslihat Lysithea. Dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari situ untuk menenangkan fikirannya. Ada 3 orang lelaki yang tidak dikenali datang kepadanya dan memberi wang yang banyak. Dia menolak wang tersebut kerana cintanya terhadap Elara tidak boleh dijual beli dengan wang, harta atau apa sekalipun. Elara dan Malisa tiba di bumi dan mencari Ananke di tempat kerjanya di MKSB tetapi Ananke telah pun berhenti kerja. Jozel sahabat Ananke memberitahu bahawa Ananke berada di Barroni di Kutub Utara.

- selang cerita - Ananke sangat terkilan melihat keadaan Elara yang kini jauh berbeza. Elara kini sakit tenat. Semakin hari Elara semakin sembuh. Senyuman Ananke telah mendorongnya untuk  kembali sembuh. Kini mereka hidup bahagia bersama. Elara gembira kerana dapat menyentuh salji yang ingin disentuhnya dulu di Planet Jupiter. Suatu hari, Elara bertanya kepada Ananke tentang penyebab Atta Colombicanya mati. Misteri yang telah lama ditinggalkan itu telah pun terungkai. Segala kenangan dan peristiwa tidak kira pahit atau manis disimpan dan menjadikannya sebagai iktibar dalam hidupnya. - selang cerita - Ananke pagi itu mengejutkan Elara tetapi Elara tidak menyedarkan diri. Kematian Elara disebabkan keracunan sesama dia berada di Planet Agelion. Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda, Putera Carme, Malisa dan Rozeck datang ke bumi untuk memberikan ubat tetapi sudah terlambat. Elara sudah pergi untuk selamanya namun tetap hidup di dalam hati Ananke. 10 tahun selepas itu Puteri Leda datang ke bumi melihat pusara Elara seperti biasa. Dia melihat ada pusara yang baru dan tertulis di batu nisan itu " Ananke ".

Kesimpulan daripada cerita ini ....
Cinta adalah lumrah dalam hati manusia. Cinta ini adalah anugerah daripada Allah. Bohonglah seseorang itu kalau tidak pernah jatuh cinta. Cinta ini tiada batasan. Cinta juga tidak kenal umur, darjat seseorang mahupun latar belakang. Ada cinta boleh membawakan kebahagiaan. Ada cinta yang memusnahkan hidup kita. Hargailah cinta yang telah dianugerahkan kepada kita dengan sebaiknya. Janganlah biarkan diri kita hanyut dalam cinta yang tidak bermakna. Apa yang penting cinta yang paling agung dan paling indah adalah cinta Allah S.W.T. Hanya cinta Allah sahaja yang kekal abadi.

Puisi Cinta Khas untuk Ananke dan Elara ...

Rinduku Padamamu ...

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.


Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.


Layang Cinta ...

Sayang..
Cintaku padamu satu..
Tiada dua dalam hatiku..
Engkaulah pertama dan terakhirku..
Engkaulah hidup matiku..


Sayang..
Ku tahu kau tak berdaya..
Mengharung derita sengsara..
Tatkala dikau terpaksa..
Pesanan bonda harus kau laksana..


Sayang..
Ku tahu kau tersepit..
antara keluarga dan cinta..
Namun, apakan daya..
Keturunan jadi pembeza antara kita..




          


                  

Monday, May 2, 2011

WoW ... !!! ahahaha

ahahaha... hari sabtu malam Nerah ngan family pergi rumah saudara belah ayah ( Mak Chu ) sebab nak buat baju... hee.. ingat hari sabtu tu nak pergi sekolah presint 11 sebab ada hari kantin.. boleh la masuk rumah hantu.. rimdu nak masuk... ahaha... tapi mama tak bagi pergi.. sediih.. .. =(

Nerah ngan family balik malam... malam lagi... asyik balik malam je... penat.. ngantuk pula tu.. dah sampai sana mama kata nak tidur rumah Mak Ngah.. tapi dah lewat.. tidur je la kat rumah Mak Chu tu.. esoknya hari ahad.. tak de buat apa-apa pun.. Nerah baca buku novel yang Ezati bagi pinjam.. buku ' Planet-Planet Cinta ' .. best cerita ni.. sedih la juga.. ( tak baca habis lagi..) then buat keje sekolah yang Nerah tak siap lagi..tengah hari Mak Te pula call mama cakap nak datang putrajaya.. nak datang camne bukannya ada orang pun kat rumah tu.. Mak Te nak datang sebab kebetulan saudara dorang kot ada majlis perkahwinan... then mama cakap datang je kat Epah ( Mak Chu ).. then sementara tunggu tu mama ngan Mak Chu masak.. yang lain sibok main... Nerah ngan novel la... ahahaha... baru je kitorang nak start makan.. dah sampai... biar betul dorang ni... ahahaa... cepatnya... pastu ajak la dorang makan sekali... then Mak Ngah ajak datang rumah.. lagipun dekat je rumah.. tak de la dekat sangat...petang tu baru datang rumah Mak Ngah..balik sini malam... ( lagi.. ) memang ngantuk gila.....

BALIK PADA TAJUK...
sebenarnya Nerah nak cite sikit.. agak la lawak.. bagi Nerah la... adik saudara Nerah ni namanya Yasir... umur dia dalam 2 tahun lebih ke 3 , 4 tahun camtu la.. tak ingat.. hehe.. dia ni suukaaa sangat sakat Nerah tak tau kenapa.. hari ahad masa kat rumah Mak Ngah.. ahahaha.. Nerah terima luahan perasaan daripada dia... ahahahahha... biar betul budak ni... ahaha..nak tergelak Nerah masa tu... ahahaha... tak sangka Nerah dapat luahan perasaan daripada budak kecik... patut la selama ni dia asyik nak kat Nerah je... ahahaa... dia cakap camni " Yasir suka akak.. " maybe ni hanya sekadar ayat biasa je kan.. tapi Nerah rasa ni bukannya luahan yang biasa... ahaha... haaaa~~~ masa Nerah tengah basuh pinggan dia siap tunggu Nerah lagi... ikut je mana Nerah nak pergi... lawak betul... agaknya lelaki kalau dia dah suka memang suka betul la... ahaha....

MySpace Flash Toys

Ayah and Mama

Ayah and Mama
I love my parents ^_^

diRikU.. !!

My photo
I love comic anime - funny, lovely, happy - UPSR 2008 PMR 2011