tik tok !

Wednesday, February 29, 2012

Vanilla Coklat Episod 11


akhirnya dapat juga Nerah tengok cerita ni... semalam Nerah dari petang TERtidur... emm.. penat agaknya.. bangun pula dalam pukul 1 pagi... heee~ nasib baik sempat buat kerja sekolah..... Nerah mandi dalam pukul 4.30 camtu... awalkan... ahahaha.... tak sabar nak tengok episod minggu depan....

Monday, February 27, 2012

My Name :-

Nurul Nadhirah binti Omar dipanggil :-

Nad = dulu & dah takde - Very GooD ! =D ( I dislike! )
Nadhi = hanya 2 , 3 sahaje.. good... mama tak suka nama ni! like Indian - elimination process!
Dhi = yang rapat dengan Nerah je - accepted ! - too simple =)
Dhirah = only my BFF at primary school (Afiqah) - nobody call me like that now~ itsokay =]
Nadhirah = ramai !! include my mom.. I love it ~ 
Nurul = langsung takde.. memang kebiasaan orang tak panggil nama pertama...

I call myself 'Nerah' singkatan bagi 'Nadhirah' .. dah terbiasa sejak kecil lagi ^^' hihi...

and... and..
abangku panggil :- adik
adik-2 ku panggil :- akak
ayahku panggil :- kakak or Nadhirah
saudara belah ayah (bang Pa & Pak Ngah) :- Nazirah.. (mana datang nama ni.. ??)
kawanku (Faten) : kecik... (my body is small)
sesetengah orang : Yun (nama dekat Facebook)

panggilan nama sangat memberi kesan kepada insan tersebut.... ia juga diibaratkan sebagai satu doa.. jika baik maknanya, baiklah perangainya... jika sebaliknya, terbaliklah dia... ahaha... 

namaku ada 3 :-

nama sebenar / nama IC = Nurul Nadhirah (mama & ayah bagi ^_^ )
nama samaran = Yun Nadhirah (nama ni dapat dekat 'Pop Quiz' FaceBook)
nama pilihan = Fatin Nadhirah (dulu masa bayi mama nak letak nama ni tapi ayah tak nak sebab sama dengan kakak saudara) 

Saturday, February 25, 2012

I love you forever Jewel Lyrics


Nerah suka lagu ni.... sejak kebelakangan ni Nerah asyik nyanyi je lagu ni... ahahaha sweet song =D

Wednesday, February 22, 2012

nasib betul~

Nerah just nak kongsi ape yang berlaku dekat Nerah 2 hari ni (semalam & hari ini )

semalam :-
banyak perkara yang tak dijangka berlaku... datang sekolah lewat.. tapi tak kena denda la... balik sekolah pula dalam keadaan hujan... basah satu badan.. tapi bukan basah kuyup... sampai rumah pintu tak boleh buka... kunci tertinggal DALAM rumah... tunggu dekat tangga dengan sejuknya.... masa tengah kemas rumah Nerah jatuh tersumgkur.... jari kaki Nerah tersangkut dekat wayar... masa tengah masak nasi kelam-kabut jadinya... penutup periuk nasi jatuh la... haaaiisshhh~

hari ni pula :-
dah ok dah.. awal Nerah datang.... sampai petang... teman Ezati buat latihan bola jaring... ok lagi... sampai la senior Nerah buat latihan bola tampar... First kena pinggang.. berair mata... mula-mula kena memang la terasa sakit tu... dah lama tu ok dah.. dah tak ade rasa sakit.... duduk jauh sikit.... dah duduk jauh pun kena lagi.. dekat atas kepala.. tapi bola tu just tersentuh la.. bukan terhantuk... sabar je... Ezati duduk belakang Nerah nak cover kononnya tapi kena juga... dekat tangan... adoyai... bukan orang yang pukul bola tu yang cari pasal... bola tu yang cari nahas.. (eceehh~ ) bola tu tahu kot Nerah tak suka dia... ahaha... huuu~~

Tuesday, February 21, 2012

kunci dalam rumah, orang luar rumah...

hari ni Nerah datang lewat sikit... mana taknyaa... tidur pukul 3 pagi, bangun pukul 6.. agak kelam-kabut sikit pagi tadi... first-time nak buat bekal sendiri... ahahah... roti + telur + sos cili + mayonis = yummyy~ ahaha...

semalam untuk pertama kalinya Nerah cuti untuk tahun 2012 ni.. tak larat nak pergi sekolah.. sakit sendi lepas balik dari mendaki Gunung Datuk... hari ni dah kurang sikit.. buat yoga semalam.. ahaha.. sekejap je..

masa Nerah balik sekolah... petang la dalam pukul 3 lebih... Nerah balik dalam hujan pula tu.. nasib baik la hujan tak lebat sangat... sampai rumah baru turun lebat.. basah baju... hampir satu badan basah... beg basah sikit.. kena cover dengan tudung.. ahaha.. sampai rumah, tangan masuk kocek... ehhh ?? mana kunci ?? emm.. dah raba dalam kocek banyak kali masih tak jumpa.. dah selongkar dalam beg pun masih tak jumpa... bila pikir balik.. masa nak pergi sekolah guna kunci mama.. emm.. tertinggal dalam rumah.... duduk la Nerah dekat tepi tangga tu.. beri salam tak ade yang menyahut pun.. dah la sejuk... sementara nak tunggu tu Nerah baca komik... then, jalan dekat lif kejap.. duduk balik... pastu tertidur pula.. nasib baik tak lama... dah nak pukul 6 baru la si adikku balik.. adoyai~~ em.. macam-macam........

Saturday, February 18, 2012

Festival Nasyid KPM Peringkat NEGERI 2011 - SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) ...


Pasukan nasyid sekolah Nerah memang BEST ! yang menyanyi tu namanya Aidil.. dia sebaya Nerah je.. tahun ni (form4) dia pindah sekolah lain... terasa kehilangan untuk pasukan nasyid sekolah... =')

Nasyid SMKPP 9(2)


kumpulan nasyid sekolah Nerah.....

Kami Anak Malaysia: Enchanting Putrajaya [2009]


video ni pun bekas senior Nerah (2009) yang buat... kelab pelancongan...

Pengawas SMKPP9(2) [2009]


semuanya bekas senior Nerah.... hebat-hebat pengawas sekolah Nerah

Tayangan Multimedia Naqib Naqibah 2011


ni video Naqib & Naqibah.. senior Nerah buat... pengawas yang membimbing ke arah keagamaan....

Pengawas SMKPP9(2) 2011


ahahaha ni pula video tahun lepas.. masa Nerah form 3... semua pelakon dalam ni sebaya dengan Nerah je... lawak la diorang ni... =D

Abang Saya Pengawas Hebat [2009]


ini video senior Nerah buat... semua senior form 5 (2009)... masa ni Nerah baru je form 1.. =)

Friday, February 17, 2012

extra class

hari ni Nerah ade kelas tambahan untuk subjek Math Modern... cikgu nak buat sebab takut nanti cikgu sibuk, tak sempat nak masuk kelas, tak sempat nak belajar.... chapter baru... tapi tak ramai pun yang hadir.. terutama sekali budak lelaki... 3 orang je yang datang... hampeh betul... haaa~~ entah bila diorang ni berubah.... kalau ada hal tak pe.. ni kalau malas nak hadir.. dah la kurang pandai.. tak hadir kelas... tak buat kerja sekolah.... haaaiisshh~

petang ni cikgu kate ade latihan untuk mendaki gunung.. lepas habis kelas tu tengok takde pun yang buat latihan... dah habis kot... hmm... tak sabar nak tunggu esok.... pukul 7 dah kena kumpul dah.. nak bertolak...

Thursday, February 16, 2012

botol pecah !!!

TIDAAAAAAKKK !!!!!

botol air yang Nerah baru beli tahun ni dah pecah... terlepas tangan pula... aaaaaahhhhhaaaaa~~~ sedih la... baru je sebulan lebih pakai..... hiiiissshhh~~ geeeeerraaaaaammmnyyyaaaa~~ botol retak seribu.. hati pun retak seribu...
tak tahu la kalau kamu nampak ke tak... 

sakit sendi~

hari ni sepatutnya Nerah ade latihan untuk mendaki gunung... tapi Nerah tak pergi.. tak larat laa.. nak jalan pun dah rasa sakit-sakit.. belum mendaki lagi... adoyai~

dah mendaftar sebagai ahli koperasi sekolah... RM12.00 ....

dah 2 hari dah Nerah tertidur sampai pagi.. (termasuk hari ni) kerja sekolah tak buat... buat la juga tapi sikit je la.. ingat nak tidur sekejap jee... haaiisshh~ terlajak tidur pula...

Wednesday, February 15, 2012

training untuk mendaki Gunung Datuk

hari ni Nerah ada training untuk mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan.. penat juga laa.. dah la lari tak buat streching dulu... (hehe) lari 6 pusingan padang.. tapi Nerah dengan Faten buat 4 pusingan je.. kemudian, cooling down.. lari lagi satu astaka... 3 pusingan... lenguh kaki... mana taknyee turun-naik tangga... tapi tak pe... bertahan... yeaahh !!

Monday, February 13, 2012

CINTA

Apa yang boleh dikatakan tentang CINTA ?!

- CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA, bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama
- CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG, ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG
CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT, manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT
- CINTA kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI, rasa cinta yang TIADA MATI, bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI, InsyaAllah...


♥ Andaikan CINTA tidak di awali huruf "C" pasti takkan ada kata CEMBURU..♥ Kerana dalam CINTA ada huruf "I", itulah yang membuat cinta jadi INDAH..♥ Disebabkan ada Huruf "N" dalam CINTA lah, buat orang meNANGIS..♥ Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA merupakan TENTANGAN untuk mendapatkan pasangan..
♥ "A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA, iaitu Aishiteru!! (aku CINTA padamu)

tambahan !

--- Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH SWT ada dekat di hati kita
--- Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH SWT sentiasa KASIHI kita
--- Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH SWT ada LINDUNGI kita
--- Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH SWT tetap tunggu kita
--- Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH SWT perhatikan kita
--- Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH SWT ada temankan kita

awal sangat ke ???

hari ni hari selasa.... subjek first sekali kimia... exercise kimia ada yang Nerah tak siap.. ingat nak buat malam.. tapi Nerah tertidur pula.. nasib baik laa Allah dah kejutkan Nerah awal sikit... (Alhamdulillah) Nerah terjaga pukul 3.30 (tak silap) siapkan kerja kimia... then, Nerah siap cepat-cepat.. pukul 6.30 Nerah dah keluar rumah.... AWAL SANGAT !

Nerah keluar 6.30... dan seperti yang dijangkakan memang akan ada anjing dekat jalan raya... haaaiisshh~ pagi-pagi macam tu memang akan ada punya la... datang dari mana pun Nerah tak tahu.. hilang ke mana pun Nerah tak tahu... so, Nerah terpaksa tunggu anjing tu belah dulu baru Nerah gerak... tapikan kalau Nerah tercegat je dekat situ maybe pukul 7 pun tak sampai-sampai sekolah lagi... (hehehe) anjing tu pergi lepas ada seorang lelaki ni lalu dekat situ... Nerah tengok selamba je dia jalan.. alaa~ biasa la lelaki...

sampai belakang sekolah pukul 6.45... pintu pagar tu masih tak buka lagi... adoyai.. sebelum ni 6.30 rasanya dah buka... uncle tu ada kata datang awal pun pelajar masih tak sampai lagi... bila Nerah datang awal tak buka pula... so, lepas 5 - 7 minit baru pintu boleh buka (baru uncle tu sampai)

petang ni ada latihan permainan untuk 1 Murid 1 Sukan... tapi Nerah tak pergi pun... (malas & penat) lagi pun banyak kerja sekolah Nerah kena siapkan dan kena bincang esok.. peeehh~ esok pun kena datang awal juga sebab esok masa pertama subjek Add Maths... tak boleh lambat sebab cikgu datang tepat pada masa... nanti kena marah... subjek kimia pun tak boleh lambat... nanti kena duduk atas simen...

Saturday, February 11, 2012

Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sekolah Ganti !

hari ni sekolah Nerah sekolah ganti... ganti cuti tahun baru Cina... jadual hari khamis... tak belajar pun... cikgu suruh kemas kelas... hias kelas.... pastu cikgu ambil markah.... apa yang Nerah pasti Nerah tak nak kelas dikategorikan kelas paling tak ceria... TAK NAAAKK !!! harap bukan kelas Nerah yang markah paling sikit.... amin !

terima kasih kepada kawan sekelas Nerah yang membantu... boys and girls.. THANK YOU !! 


Thursday, February 9, 2012

sebiru hari ini-edcoustic




Lirik :-


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

chorus:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

*music

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

kena marah awal dan akhir ~

hari ni hari khamis... mula-mula lagi dah add maths... hee~ dah la garang... emm.. bukan garang.. tegas... pagi-pagi lagi dah kena marah dengan cikgu ... ( satu kelas pula ) sebabnya, kerja sekolah tak siap... masuk kelas lewat... waktu mengajar pun kena marah lagi... sebab tak faham-faham macam mana nak buat... heeeii~ tapi Nerah faham perangai cikgu memang macam tu.. ( cikgu add math ni je la ) sebenarnya cikgu ni baik.. cuma geram je dengan sikap pelajar... salah pelajar la kan...?? lepas masa add math, masa math modern pula.. kena marah juga... kerja sekolah tak siap... boys la ni.. suka buat cikgu angin... then, PJ ... waktu PJ Nerah, Ezati dengan Nadiatul lepak bilik SPBT... Ezati buat kerja.. Nadiatul rehat.. Nerah dengar lagu.. ahhaha.. suka hati jee... lepas rehat waktu Pendidikan Islam... ni ok... takde marah-marah... then, waktu BI.. ni pun takde marah-marah juga... akhir sekali waktu PSK... heee~ cikgu yang ajar PSK tak masuk kelas.. En.Charles yang ganti.. ( sepatutnya laa.. ) tapi tukar guru ganti pula.. Pn. Yeap... kimia... WHAT ?!  1 masa je... kena buat simple test 3.. bagi soalan.. jawab dalam masa 5 minit.... soalan ulangan simple test 1 & 2.. pun masih ada lagi yang tak boleh nak jawab... kena marah lagi.... ada betulnya juga apa yang cikgu marahkan tu... untuk sedarkan kita jugakan... I mean.. pelajar...

petang ada latihan ( permainan.. ) bola jaring dengan olahraga ada.. bola baling sepatutnya ada tapi takde pula... cikgunya tak nampak pun... ahlinya pun berapa orang je.. hee... teman Ezati buat latihan Bola jaring..

dah pagi Jumaat dah sekarang ni... Nerah tak dapat nak tidur... sebab terjaga.. kawan Nerah call tadi.. dah hilang pula ngantuk ni... lepas tu ingat nak siapkan kerja.. tapi testpage pula dah habis... just buat apa yang boleh buat laa... bazir masa je rasa... then, dah rasa ngantuk sikit... nak baring-baring.. tiba-tiba nampak lipas dekat sebelah Nerah je.. dalam bilik... ngeeekkk !! entah mana lipas tu pergi.. tak dapat nak tidur... hiisshh~ ( bosaaannn.... )

Wednesday, February 8, 2012

One time ago... and Now...


One time ago, I like You but You REJECT me with Your reaction.. !! >,<
it really made me feel like an idiot....
-------------------------------------------------------------
Now, if You send request to RECEIVE me in You heart.. I IGNORE it ! xP
because I already DELETE You in my heart...
I REMOVE my feelings on You from afar... C|= -bleee~
it takes time to forget my feelings on You..
-------------------------------------------------------------
I am shocked at the sudden you greeted me and tried to make peace with me....
(WTH  is happen !!! )
you never commented me before this..... - why the sudden -
sometimes You look at me like............. - I don't know how to explain -
You really make me confuse....... =.='
why You act like that.... - why~ -
------------------------------------------------------------
that's right !
I always look at You....
but, that doesn't mean 'I LIKE YOU' .... - NO, IT'S NOT !
I tired to LIKE on You....
-----------------------------------------------------------
Now, I want to focus to my goal... - SPM -
I don't want to like anyone anyomore.... - for now - 
Focus~ focus~ focus~
Study~ study~ study~


in March... I will take the first exam.... w0w... it's almost the time... so... I really really need to focus and study.... maybe it's not difficult question but if I forgot what I have learned.... I also can't give the answer... sooo... I have to remember all the think... maybe I have to understand it....


STUDY SMARTER.... NOT HARDER... 
GOOD LUCK TO THOSE TAKING THE EXAMINATION... !!

Monday, February 6, 2012

hari paling memenatkan

hari ni Nerah pegi sekolah.. ( hari ni cuti thaipusam ) buat kerja sekolah.. tahun ni Nerah rajin nak buat kerja sekolah dekat kelas... pagi Nerah siapkan kerja sekolah... petang Nerah hias kelas... kemas kelas... penat... sangaaatt....

semalam tak penat macam hari ni.. just buat jadual kelas je... hari ni buat carta organisasi... siapkan papan dekat belakang... ( yang tinggal separuh ).. sapu kelas.. susun meja... alihkan meja yang tak guna bawa ke kelas belakang.. ( kelas hujung )... 4 meja... nasib baik 4 meja je... habis merah tangan... then buang sampah... banyaaaaakk...... balik pukul 6.30 petang...

Nerah sorang je... kawan yang lain ramai balik kampung... waktu petang hujan... agak lebat la juga... huuusshhh~ pengalaman pertama... duduk sorang-sorang dalam kelas waktu hujan.... best ada pengalaman macam ni....

MySpace Flash Toys

Ayah and Mama

Ayah and Mama
I love my parents ^_^

diRikU.. !!

My photo
I love comic anime - funny, lovely, happy - UPSR 2008 PMR 2011