Raya pertama :-
macam biasalah... lepas sahaja solat hari raya terus family Nerah beraya dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nerah balik rumah Tok Mak dekat Sungai Rambai, Melaka dulu.. kalau tak sempat habis raya bermalam dekat rumah Mak Long... (memang selalu pun bermalam dekat rumah Mak Long..) dapat raya beberapa rumah saudara saje.. sebab lambat keluar...
raya ke-2 :-
masih lagi dekat Kuala Pilah... tahun ni Nerah pertama kali jumpa nenek ayah, moyang Nerah.. first time jumpa.. alhamdulillah masih panjang umur.. masih dapat jumpa lagi.. boleh dikatakan setiap tahun jugalah mesti jumpa saudara-saudara yang tak pernah jumpa... malam dalam pukul 10 lebih kot baru sampai rumah Tok Mak... pening kepala Nerah asyik lalu dekat laluan bukit.. pusing-pusing... loya tekak...
raya ke-3 :-
lepas zohor baru keluar beraya... raya beberapa rumah juga.. sekejap aje sebab ayah tak berapa nak sihat...
raya ke-4 :-
rasanya raya kali ni betul-betul menguji.. ahahaha.... sebabnya kereta yang kitorang semua naik kereta proton.. dua-dua pula tu... dah lah ramai... budak-budak... disebabkan terlalu padat kereta satu ni Cik Syam terpaksa bawa motor and salah seorang lelaki naik motor sekali.. rasa kesian tu adelah juga... Nerah naik sekali dengan Tok Mak and Tok Bak.. tak adelah sempit sangat... ayah tak dapat bawa kereta sebab tak sihat... nak minta orang lain bawakan kereta Naza tu ayah tak berani nak bagi, katanya kereta tu ade problem... malam baru ayah ikut sekali pergi raya rumah Mak Ngah.. tak sangka Nerah Kak Dijah dah ade anak lelaki sorang.. alhamdulillah, rezeki.. tahniah !
raya ke-5 :-
tak pergi mana-mana... siap-siap balik Putrajaya... petang pukul 4 lebih baru bertolak... alhamdullilah selamat sampai... kerja sekolah banyak lagi tak siap !


