orang selalu kata cinta itu indah....
pernah suka pada lelaki?
- dah macam-macam jenis lelaki Nerah pernah suka
suka yang bagaimana?
- suka dari segi paras rupa memang tak boleh nak dinafikan.. selalu, suka dengan penampilan dia banyak kali, suka dari segi fizikal kadang-kadang, suka sebab dia baik jarang sangat..
orang yang saya suka, suka saya balik?
- tak pernah berlaku dalam seumur hidup.. *buat masa ni.. (setahu Nerahlah) sebab Nerah tak pernah bagitau dia Nerah suka dia.. kalau dia tahu dari orang lain pun orang tu buat don't know aje..
orang suka saya, saya suka dia balik?
- tak pernah.. Nerah cuma hargai dan berterima kasih aje... (sombonglah pula)
pernah terima luahan perasaan?
- pernah.. masa sekolah rendah sekali.. (budak sekelas masa darjah 6) waktu tu dia cakap face-to-face dalam kelas.. dia duduk depan, Nerah belakang dia.. tapi Nerah tak percaya.. kawan dia pun ada bagitau juga yang dia suka Nerah.. sayangnya waktu tu Nerah minat dekat orang lain.. masa sekolah menengah sekali.. (budak kelas sebelah masa form 2) dia hantar mesej dekat Nerah.. waktu tu Nerah dekat kampung.. *seingat Nerah 2 kali aje... ada juga yang cakap suka tu pun sebab dia anggap Nerah sebagai adik.. pernah juga senior Nerah suka Nerah tapi rasanya dia tak cakap apa-apa.. kawan-kawan dia yang cakaplah.. ada pula yang cakap suka Nerah sebab Nerah baik.. hah?
pernah ada hubungan?
- pernah.. sekali.. dengan budak KL.. setahu Nerah dia tua 2 tahun dari Nerah.. masa tu Nerah form 2.. (beberapa minggu selepas terima luahan perasaan) hubungan Nerah dengan dia pun tak tahan lama.. Nerah pun tak tau kenapa.. kitorang kenal pun melalui Myspace.. masa tu dia puji gambar Nerah.. (comelnya... bla.. bla.. bla..) borak-borak-borak.. dia minta couple.. Nerah pun setuju... lepas tu dia minta Nerah panggil dia 'I' 'you' 'baby'... geli betul.. sekali aje Nerah mesej dekat dia.. tu pun hantar 'good night' bila Nerah buka Myspace tengok profile dia, Nerah mula rasa tak sedap hati.. beberapa hari dia tak hantar mesej, call.. (walaupun Nerah sendiri tak nak dia call) dekat Myspace pun dia tak hantar mesej.. lepas tu senyap macam tu aje.... so, Nerah anggap Nerah tak ada apa-apa hubungan lagi dah dengan dia... waktu tu Nerah memang tengah angau nak sangat couple... padan muka... lagipun, Nerah tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia cuma rasa teruja... (tiba-tiba orang minta couple)
pernah bagi surat luahan perasaan?
- pernah.. masa Nerah form 1.. Nerah bagi dekat senior form 5.. Nerah rasa itulah tindakan paling gila dan memalukan Nerah pernah buat.. minta kawan dia tolong serahkan dekat dia.. masa Nerah form 2 kawan Nerah pernah tanya dia, dia tau tak siapa yang bagi.. (Nerah tak ingat apa yang dia cakap) tapi kawan Nerah tu kata dia masih simpan lagi.. tapi sekarang Nerah tak tau lah... Nerah malu sangat nak berdepan dengan dia.. aarrgghh, biarlah.. waktu Nerah sekolah rendah pun Nerah pernah bagi surat dekat orang yang Nerah pernah suka.. tapi, Nerah cuma tanya dia, dia suka siapa.. dia tak balas pun.. Nerah usha dia dekat tingkap.. Nerah tengok dia berlagak depan kawan dia pastu tak bagi kawan dia baca.. Nerah nampak dia simpan dalam kocek baju dia.. hahaha... rasa kelakar bila ingat balik...
pernah jatuh cinta?
- emm.... entah... bila Nerah rujuk dekat internet macam mana perasaan bila kita jatuh cinta pada orang, Nerah rasa senior form 5 tu cinta pertama Nerah... kalau budak masa sekolah rendah tu, yang Nerah bagi surat dekat dia mungkin dia orang pertama yang Nerah jatuh suka.. ahahaha... tapi, ada seorang lelaki ini Nerah tak tahu nak ungkapkan macam mana perasaan Nerah dekat dia.. nak kata suka, mungkin juga.. nak kata cinta, jauh kot.. nak kata simpati, tak kan lah... tapi lepas Nerah dah ikhtiar pasal perasaan Nerah tu (ceeehh bahasa) Nerah rasa Nerah cuma simpati dengan dia.. rasa kesian Nerah lebih tinggi dari perasaan suka.. pelikkan..
pernah menangis disebabkan lelaki?
- lelaki pertama yang Nerah suka masa Nerah sekolah rendah.. Nerah tak ingat Nerah pernah ke tak nangis sebab dia.. tapi Nerah pernah kecewa sebab dia bagitau abang Nerah yang Nerah suka dekat kawan dia... geram gila.. bila difikirkan balik sebab dia buat macam tu.. emm.. tak kan sebab dia cemburu? sakit hati? geram? entah.. masa darjah 6 ada sorang lelaki ni Nerah suka dia, dia tau pula tu.. (tak ingat pula macam mana dia tau) lepas tu sakitkan hati Nerah.. yang peliknya Nerah tetap suka dia.. haaiisshh~ boleh tak kalau Nerah cakap suka tu buta? hmm.. Nerah pernah nangis sebab dia banyak kali sakitkan hati Nerah.. pastu masuk sekolah menengah acting pelik.. hee~ masa Nerah form 1 Nerah nangis sebab dia terlalu tua untuk Nerah.. (bukan tua apa) dia tu dahlah senior Nerah.. tinggi, bergaya & sebagainya.. Nerah ni cemetot aje.. tu sebab Nerah nangis.. Nerah tak sesuai untuk dia, tak sepadan langsung.. tak ada harapan walau sebesar bacteria..
tik tok !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayah and Mama
I love my parents ^_^
diRikU.. !!
- Nurul Nadhirah Omar
- I love comic anime - funny, lovely, happy - UPSR 2008 PMR 2011


No comments:
Post a Comment