tik tok !

Saturday, March 31, 2012

Mesyuarat Agung PIBG & Aku Janji Murid

hari ni sekolah Nerah ada buat Aku Janji Murid pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5... Nerah dah pernah dah masa tahun lepas.. untuk PMR... Mesyuarat Agung pula untuk semua pelajar tingkatan 1 - 5... Bonda Datin ( Pengetua ) kata kalau sesiapa yang hadir bersama ibu bapa atau wakil, dia akan dapat sijil dan 10% markaah untuk kehadiran kokurikulum... mula-mula fikir mama mesti tak nak hadir mesyuarat agung tu... tapi bila fikir punya fikir... nanti dapat 10% markah koko kalau pergi... so, Nerah cakap dengan mama.. pergi mendaftar then balik.. tak payah datang mesyuarat tuu.. Nerah cakap duduk la kejap je... nanti orang syak pulakan.. dah mama tak nak, tak boleh nak buat laa...

masa mendaftar tu Nerah tengok kelas Nerah tu 2 orang je termasuk Nerah laa... tu pun Ezati yang datang.. dia datang sebab ada persembahan kawad kaki kedat polis... ou, masa Nerah tengah mendaftar ada kawan lelaki Nerah yang kelas KAA tu.. ingat lagi tak Nerah ada cerita pasal dia sebelum ni... dia ade dekat situ... kena bagi orang buku ape entah... masa tu dah tersipu-sipu malu... aik ? lelaki pun nak malu ke.. ? bukan perempuan ke yang patut malu.. ? ehehehe.... biarlah.. lagipun Nerah datang dengan mama sekali kan.. tu la kot dia malu... malu ke ??

yang Ezati dengan Syafiqah dah mengusik dah.. boleh pula cakap "suami bagi buku..." dekat depan mama pula tu.. ambih kantoi... nasib baik Nerah dapat betulkan keadaan... mama pula pergi patah balik nak tengok dia... adoyai~

No comments:

Post a Comment


MySpace Flash Toys

Ayah and Mama

Ayah and Mama
I love my parents ^_^

diRikU.. !!

My photo
I love comic anime - funny, lovely, happy - UPSR 2008 PMR 2011