...Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala...
hihi..ni novel Ezati.. dia bagi Nerah pinjam... best gila cite ni.. sampai nak menitis air mata... nasib baik la happy ending...Nerah nak kongsi cerita ni kat blog... hehe...
Planet-Planet Cinta ......
kisah ini menceritakan sebuah kisah cinta Puteri Elara dari planet Jupiter dan Profesor Ananke dari planet bumi. Puteri Elara bakal memerintah Planet Jupiter yang menggantikan tempat bondanya Ratu Zeux. Bagi kerabat diraja, bakal suami pemerintah akan ditetapkan oleh Majlis Diraja. Puteri Elara akan berkahwin dengan Putera Andrastea iaitu anak pemimpin tertinggi suku Andala. Puteri Elara yang sangat menyukai salji yang memutih itu menyambutnya dengan rasa gembira namun dia tidak pernah menyangka bahawa itu adalah titik permulaan kepada sebuah kisah cintanya yang panjang.
Percintaan antara Puteri Elara dan Prof. Ananke benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran dalam diri masing-masing. Cinta Puteri Elara mula berputik sejak pertama kali Elara memandang Ananke di skrin makmalnya JZR. Ketika itu Elara sedang mengkaji punca Atta Colombica ( bahan kajian ) mati. - selang cerita - Selepas selesai mereka berbicara, Ananke pula berasa perasaan yang aneh yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Mungkin ini rasanya cinta. Puteri Elara juga berasa perasaan yang sama. Ananke diminta untuk datang ke Planet Jupiter untuk mengkaji punca kematian Atta Colombica. Ananke juga tidak tahu punca kematian Atta Colombica tersebut. Malah tidak ada tanda yang menyebabkan Atta itu mati. Ananke dijemput untuk makan malam di ruang angkasa. Disaat itu berkembanglah cinta antara Ananke dan Elara. Pada hari Ananke pulang ke bumi, Elara sedar yang dia tidak sanggup berpisah dengan Ananke. Baginya Ananke sangat penting dalam dirinya. Begitu juga Ananke yang telah menganggap Elara separuh daripada jiwanya.
- selang cerita - Suatu hari, Ananke mempelawa Puteri Elara untuk datang ke bumi untuk menghadiri Persidangan Zoologi. Ketika Juniker 90 yang dinaiki Elara dalam perjalanan ke bumi, pelanggaran antara Planet Xena dengan Planet Atamian telah berlaku dan menyebabkan Juniker 90 terhempas ke Planet Tas-ar-raum. Planet itu sangat digeruni oleh penduduk di planet yang lain kerana planet itu mengandungi gas beracun yang sangat tinggi. Kapten Lutor, Majina, Helki dan Kiro mati akibat kekurangan oksigan dan kebuluran. Sudah hampir 50 hari Elara terperangkap di planet bergas itu. Sementara di bumi, apabila Ananke mengetahui pesawat yang dinaiki Elara itu hilang Ananke mula hilang arah. Dia berubah menjadi panas baran dan menyebabkan rakan sekerjanya menjadi takut. Rakan baiknya Jozel memintanya untuk mengambil cuti tenangkan fikiran dan emosi. Ini pertama kali dia melihat Ananke sebegitu. - selang cerita - Ananke dan rakan sekerjannya Lysithea bercuti di planet Enceledus di mana planet itu sangat terkenal. Planet Jupiter pula Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda ( adik Elara ), Putera Carme ( abang Elara ), Putera Andrastea dan rakyat-rakyat Jupiter yang lain mulai bimbang akan kehilangan Puteri Elara. Mereka bertungkus-lumus mencari Elara dimerata tempat di galaksi.
- selang cerita - Elara berjaya diselamatkan oleh tentara dari Planet Ladan. Dia dibawa ke sana dan dirawat di bilik khas. Malisa jururawat yang menjaga Elara sentiasa berharap agar Elara cepat sembuh dan sedar semula. - selang cerita - Elara mengucapkan terima kasih kepada Kapten Molo yang telah menyelamatkannya dari planet yang berbahaya itu. Di Planet Ladan hanya Malisa sahaja yang boleh dia percayai. Planet Ladan mengalami gempa bumi yang sangat kuat. Kapten Molo meminta bantuan dari planet-planet yang lain untuk memberi bantuan dan sukarelawan. Kapten Molo meminta supaya Puteri Elara dan Malisa dipindahkan ke Planet Glise ( planet jiran ) untuk dirawat disana. Jozel memberitahu Ananke bahawa Planet Ladan mahukan sukarelawan. Dia berharap agar Ananke akan turut serta dalam menyelamatkan penduduk Planet Ladan. Lysithea juga turut serta. - selang cerita - Malisa kembali semula ke Planet Ladan untuk merawat pesakit disana. Dia dan Ananke bertemu dan bekerjasama melakukan tugas disitu. Kini mereka menjadi sahabat. Penduduk di Planet Ladan diberitahu bahawa planet itu akan meletup dalam masa beberapa jam sahaja. - selang cerita - Ananke tiba-tiba jatuh pengsan dan dirawat. Doktor mengesahkan bahawa dia dijangkiti sejenis virus dari bumi. Semasa Malisa menyusurnya ke pesawat untuk dibawa pulang ke bumi, seseorang telah menyerpa Malisa dan membawa pesanan daripada Puteri Elara. Ananke terkejut. Ananke memohon kepada Malisa untuk bertemu dengan Puteri Elara. Dia benar-benar merindui Elara.
- selang cerita - General Goki memberitahu Putera Carme dan Putera Andrastea bahawa Puteri Elara telah dijumpai dan berada dalam keadaan yang selamat. Berita gembira ini disebarkan ke Planet Jupiter. Putera Andrastea akan menjemput Puteri Elara pulang ke Jupiter. Puteri Elara sangat terkejut melihat keadaan Ananke yang sakit. Dia menangis disisi Ananke. Ananke juga menitiskan air mata. Malisa dan Lysithea kebingungan melihat keadaan itu. Elara meminta doktor untuk memindahkan Ananke ke Planet Glise dan mendapatkan rawatan disana. Elara menjaga Ananke siang dan malam tanpa berehat. Dia benar-benar merindui Ananke dan tidak sanggup berpisah lagi. - selang cerita - Putera Andrastea tiba di Planet Glise dan bertemu dengan Puteri Elara. Tidak lama kemudian Putera Carme, Rozeck dan Italea sampai di Planet Glise. Hanya Putera Carme, Rozeck dan Italea yang mengetahui perasaan sebenar Puteri Elara terhadap Ananke. Putera Carme tidak dapat menerimanya. Dia mengupah 3 orang adik kembar Italea untuk memburu Ananke dan membayar wang sebanyak mungkin kepada Ananke untuk memisahkan Puteri Elara dan Ananke. Putera Carme meminta Puteri Elara untuk berbincang dengan Putera Andrastea tentang perkahwinan yang telah dirancang. Elara memberitahu Andrastea tentang perasaan sebenarnya terhadap Ananke. Andrastea cuba menerima dengan tabah hati. Dia tidak mahu memaksa jikalau hati Elara tidak menerimanya lagi. Putera Carme meminta Elara untuk fikir semula dengan keputusannya. Tetapi Elara tetap dengan pilihannya. - selang cerita - Walaupun Elara keberatan untuk berpisah dengan Ananke, namun demi menyelamatkan nyawa Ananke dia terpaksa berbuat sedemikian. Perpisahan ini betul-betul memeritkan buat Puteri Elara. Dia menetapkan syarat jika dia pulang Jupiter iaitu Ananke harus dihantar ke bumi dengan segera, pastikan dia selamat dan mendapatkan rawatan yang baik. Kedua Putera Carme haruslah membawa Elara berjumpa semula dengan Ananke. Satu lagi syarat Italea ( pembantu peribadi ) harus menemani Ananke di bumi. Putera Carme pun bersetuju.
- selang cerita - Setibanya Puteri Elara di Planet Jupiter Puteri Elara disambut meriah oleh rakyat Jupiter. Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda dan semuanya sangat bersyukur atas kepulangan Puteri Elara. Puteri Elara diberitahu bahawa tarikh perkahwinan dia bersama Putera Andrastea adalah 3 hari daripada hari dia pulang. Puteri Elara sangat terkejut. Dia berasa tertipu oleh abangnya Putera Carme kerana tidak memberitahu dia akan tarikh tersebut. Jikalau Putera Carme memberitahu tentang hal tersebut kemungkinan Puteri Elara tidak akan pulang langsung ke Planet Jupiter. Ini yang ditakutkan Putera Carme. Puteri Elara mengambil keputusan untuk memberitahu Ratu Zeux yang dia tidak ingin berkahwin dengan Putera Andrastea. - selang cerita - Di bumi Ananke dirawat dan doktor mengesahkan Ananke menghidap penyakit virus yang dikenali sebagai ACVR1. Ia hanya didapati oleh sejenis serangga iaitu serangga Atta Colombica. Oleh kerana belum ada penawar, tidak ada cara lain selain menggantikan darah Ananke dengan darah sesiapa yang mempunyai sistem imun terhadap virus ini. Darah Ananke memang berbeza kerana campuran antara darah biasa dengan darah sintetik. Ini kerana semasa ibunya mengandungkan Ananke, dia telah ditimpa kemalangan dan kehilangan banyak darah. Darah yang terbentuk dalam badan Ananke ialah darah jenis O-zx. Lysithea ingin mendermakan darahnya tetapi dia meminta bayaran sebanyak 1 trillion. - selang cerita - Di Planet Jupiter, Ratu Zeux sangat marah dengan keputusan Puteri Elara untuk tidak berkahwin dengan Putera Andarstea. Mereka bertikam lidah sesama mereka. Mengikut undang-undang Majlis Diraja, jikalau melanggar undang-undang yang telah ditetapkan maka pesalah akan menerima hukuman dan dihantar ke Planet Agelion iaitu sebuah planet yang habanya begitu panas dan baunya yang meloyakan. Puteri Elara tetap dengan pendiriannya dan bersedia menerima hukuman. Majlis perkahwinan tetap akan diteruskan tetapi kali ini Putera Andrastea akan dikahwinkan dengan Adik Elara iaitu Puteri Leda. - selang cerita - Pada hari majlis perkahwinan dilangsungkan, Puteri Elara bertolak ke Planet Agelion dan ditemani oleh Malisa. Malisa tidak sanggup membiarkan Puteri Elara seorang diri sedangkan dia menjalani kehidupan barunya di Jupiter.
- selang cerita - Di Planet Agelion dimana semua pesalah ditempatkan disitu. Puteri Elara dan Malisa duduk di bilik berasingan. Dalam beberapa hari, Elara jatuh sakit. Malisa sudah meminta pengawal untuk membantu tetapi diendahkan. Rozeck ( pembantu peribadi ) datang sebagai seorang doktor merawat keadaan Elara. Rozeck marah dengan sikap pengawal yang tidak prihatin itu. Elara dibawa ke bilik rawatan untuk dirawat. Rozeck mengadu kepada Raja Thytyus tentang keadaan Elara. Elara dan Malisa akan dibebaskan dari Planet Agelion tetapi mereka tidak boleh pulang semula ke Jupiter. Mereka boleh membuat pilihan dimana sahaja planet yang lain selain Jupiter. Malisa membuat keputusan untuk ke bumi. - selang cerita - Di bumi Ananke telah pun sedar dan semakin sembuh. Dia begitu sedih apabila tahu Elara akan berkahwin dengan seorang Putera. Selepas beberapa hari dia keluar dari hospital, dia baru sedar akan muslihat Lysithea. Dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari situ untuk menenangkan fikirannya. Ada 3 orang lelaki yang tidak dikenali datang kepadanya dan memberi wang yang banyak. Dia menolak wang tersebut kerana cintanya terhadap Elara tidak boleh dijual beli dengan wang, harta atau apa sekalipun. Elara dan Malisa tiba di bumi dan mencari Ananke di tempat kerjanya di MKSB tetapi Ananke telah pun berhenti kerja. Jozel sahabat Ananke memberitahu bahawa Ananke berada di Barroni di Kutub Utara.
- selang cerita - Ananke sangat terkilan melihat keadaan Elara yang kini jauh berbeza. Elara kini sakit tenat. Semakin hari Elara semakin sembuh. Senyuman Ananke telah mendorongnya untuk kembali sembuh. Kini mereka hidup bahagia bersama. Elara gembira kerana dapat menyentuh salji yang ingin disentuhnya dulu di Planet Jupiter. Suatu hari, Elara bertanya kepada Ananke tentang penyebab Atta Colombicanya mati. Misteri yang telah lama ditinggalkan itu telah pun terungkai. Segala kenangan dan peristiwa tidak kira pahit atau manis disimpan dan menjadikannya sebagai iktibar dalam hidupnya. - selang cerita - Ananke pagi itu mengejutkan Elara tetapi Elara tidak menyedarkan diri. Kematian Elara disebabkan keracunan sesama dia berada di Planet Agelion. Ratu Zeux, Raja Thytyus, Puteri Leda, Putera Carme, Malisa dan Rozeck datang ke bumi untuk memberikan ubat tetapi sudah terlambat. Elara sudah pergi untuk selamanya namun tetap hidup di dalam hati Ananke. 10 tahun selepas itu Puteri Leda datang ke bumi melihat pusara Elara seperti biasa. Dia melihat ada pusara yang baru dan tertulis di batu nisan itu " Ananke ".
Kesimpulan daripada cerita ini ....
Cinta adalah lumrah dalam hati manusia. Cinta ini adalah anugerah daripada Allah. Bohonglah seseorang itu kalau tidak pernah jatuh cinta. Cinta ini tiada batasan. Cinta juga tidak kenal umur, darjat seseorang mahupun latar belakang. Ada cinta boleh membawakan kebahagiaan. Ada cinta yang memusnahkan hidup kita. Hargailah cinta yang telah dianugerahkan kepada kita dengan sebaiknya. Janganlah biarkan diri kita hanyut dalam cinta yang tidak bermakna. Apa yang penting cinta yang paling agung dan paling indah adalah cinta Allah S.W.T. Hanya cinta Allah sahaja yang kekal abadi.
Puisi Cinta Khas untuk Ananke dan Elara ...
Rinduku Padamamu ...
Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Layang Cinta ...
Sayang..
Cintaku padamu satu..
Tiada dua dalam hatiku..
Engkaulah pertama dan terakhirku..
Engkaulah hidup matiku..
Sayang..
Ku tahu kau tak berdaya..
Mengharung derita sengsara..
Tatkala dikau terpaksa..
Pesanan bonda harus kau laksana..
Sayang..
Ku tahu kau tersepit..
antara keluarga dan cinta..
Namun, apakan daya..
Keturunan jadi pembeza antara kita..




No comments:
Post a Comment